Ekspidisi Jejak Warisan Jawi mendapat sokongan penduduk Baling

April 23 - Sebanyak 10 buah kenderaan pacuan empat roda dari pasukan Blackwind Adventure Team telah singgah di bumi bertuah Baling ini dalam program Ekspidisi Jejak Warisan Jawi (JWJ). Ketibaan mereka disambut oleh penduduk di Taman Seri Harapan Kupang, sebagai persinggahan mereka sebelum bertolak ke destinasi yang berikutnya.

Projek ini merupakan anjuran MAJMA' BUDAYA DAN WARISAN JAWI yang akan merentas 7 negara selasa 21 hari bermula 25 Mei ini sehingga 14 Jun 2011. Persinggahan mereka di Kupang ini turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal sekitar peti undi Bukit Terabak. Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini untuk memperkenalkan produk pelancongan bagi menarik pelancong ke Malaysia.

Persinggahan ini dalam sebagai langkah mempromosikan ekspidisi mereka iaitu menjelajah sejarah rumpun bangsa Melayu di luar negara bagi menjalinkan kembali ikatan persaudaraan bangsa.

Program Pendampingan Pengerusi KEDA

April 22 - Buat julung kali sejak dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Paduka Ahmad Bashah meluangkan masa bersama penduduk di Kg Ulu Legong dalam Program Pendampingan Bersama Pengerusi KEDA. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hadir ke dewan Kg. Keda Ulu Legong bersama Penyelaras Parlimen Baling, Dato Hj. Abd Azeez dan YB Azmi Che Hussin selaku ADUN Kawasan Bayu.

Antara program yang telah disusun adalah taklimat bersama Pengerusi KEDA sebelum dibawa ke melawat beberapa program pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung.


YB Datuk Paduka Ahmad Bashah tiba diperkarangan dewan Kg. Keda Ulu Legong sambil disambut oleh pengerusi JKKKP dari sekitar mukim Siong.


Dato Abd Azeez menyampaikan ucapan. Turut berucapkan dalam majlis tersebut adalah Pengerusi JKKKP Ulu Legong, En. Mat Akhir dan juga ADUN Bayu, YB Azmi Che Hussin.

Bantuan Segera Mangsa Banjir Kupang

30 Mac lalu di sekitar kawasan Kupang dan Kuala Pegang telah diuji dengan limpahan air sungai akibat hujan lebat semalaman. Kejadian tersebut telah membuatkan beberapa buah rumah dinaiki air. Bantuan segera dibuat pihak JKM dan KEDA yang telah menyediakan barangan makanan di pusat-pusat penempatan sementara banjir dengan bantuan pihak Penyelaras DUN Kupang.



Pihak JKM yang membuat bancian penduduk yang terlibat dengan banjir berbual bersama En. Noor Azman (ber'tshirt' hitam), Pengerusi Biro Bencana UMNO Bahagian Baling.

Salam Maal Hijrah 1432H


"Selamat Menyambut Maal-Hijrah kepada semua muslimin dan muslimat semoga dengan tibanya tahun baru ini. Kita semua mempunyai azam dan cita-cita yang murni bagi membawa kejayaan pada diri dan kepada semua umat Islam secara amnya...Insyaallah..Ikhlas dari saya Azeez Rahim.."


Jom ke Program Bicara Ilmu

Setelah mendapat persepakatan antara penduduk Kg. Gua Reban, Kg. Charuk Sikin & Kg. Tebing Tinggi, bersama KEDA dan Pejabat Penyelaras Parlimen Baling, satu program ilmiah dibawa khas untuk semua masyarakat oleh KEDA.

Program yang ditaja sepenuhnya ini oleh KEDA telah memilih Masjid Al-Ariffin di Kg. Gua Reban/Charuk Sikin sebagai lokasi program, yang akan berlangsung pada 24 November ini bermula jam 8.30 malam. Orang ramai dijemput ramai-ramai datang memeriahkan majlis.

Lawatan ke Kawasan Dilanda Ribut

Tragedi ribut agak kerap berlaku di daerah Baling sejak akhir-akhir ini. Bebaru ini berlaku kejadian ribut di kawasan Bayu dan Kuala Ketil. Antaranya di Felcra Kemangi, Kg. Padang Lengkuas, Kuala Kuang, Taman Seri Baling, Kuala Ketil dan Bok Bak yang mana melibatkan hampir 60 buah rumah mengalami kerosakan.

Penyelaras Parlimen Baling, YBhg Dato Hj. Abd Azeez berkesempatan melawat kawasan tersebut sebaik sahaja pulang dari program gotong royong kawasan banjir di Alor Setar. Kebanyakan rumah yang mengalami kerosakan melibatkan pokok yang tumbang dan bumbung tercabut diterbangkan ribut.

Ziarah Keluarga Mangsa Kemalangan Bas Genting Sempah

OKT 30 - YBhg Dato Hj Abd Azeez berkesempatan pulang ke Baling untuk melawat dan memberi bantuan untuk pengurusan membawa pulang jenazah ke Baling walaupun sibuk dalam mengemudi jentera BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Sabah.


Walaupun masih terkejut dengan berita kemalangan tersebut, urusan pengkebumian jenazah selamat disempurnakan dan dalam pada masa yang sama berkesempatan menziarah kesemua keluarga mangsa kemalangan tersebut yang meninggal dunia.

lagendabaling

KEDAH LANIE