Majlis Berbuka Puasa

OGOS 29 - Bertempat di Surau Charok Bemban, satu majlis berbuka puasa telah diadakan bersempena dengan Program Ihya Ramadan di mukim Pulai. Majlis ini dihadiri hampir 200 penduduk setempat dan tetamu jemputan.


Turut hadir pada majlis ini adalah Penyelaras Parlimen Baling, Dato Abd Azeez bersama ahli keluarganya.

Sebelum berbuka puasa, majlis bacaan tahlil turut diadakan.

Pada malam tersebut juga diadakan solat isyak dan terawih berjemaah tetapi di adakan di surau Sera Ulu, Pulai. Jamuah moreh turut disediakan kepada jemaah yang hadir.

Dato' Abd Azeez sempat berkongsi pengalamannya di Gaza sambil jamuan moreh diadakan.

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE