Penyampaian Bantuan Banjir

OGOS 29 - Bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda, satu majlis khas telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir pada 14 Ogos lalu. Program yang dinamakan 'Dakwah Bil Hal' tersebut telah mengumpulkan hampir 800 orang penerima yang terlibat dengan bencana banjir.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg Senator Mejer Jeneral Dato Seri Jamil Khir bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut merasmikan program yang sama di Sik sebelum ke Dewan Kompleks Rakan Muda Baling untuk program ini.

Turut hadir pada program ini adalah YB Azmi Che Hussin, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu dan Datuk Dr. Mashitah bt Ibrahim, Timb. Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam ucapannya, Dato Seri Jamil mengingatkan kepada para penerima supaya menjadi insan yang lebih bersyukur atas apa yang telah diterima, jika dibanding dengan mangsa-mangsa banjir di luar negera.


Beliau juga turut mengambil contoh kejadian banjir yang sedang melanda negara Pakistan untuk dibandingkan dengan kejadian banjir 14 Ogos lalu yang cuma dikategorikan sebagai 'air lalu'.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu yang hadir.

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE