Lawatan ke Kawasan Dilanda Ribut

Tragedi ribut agak kerap berlaku di daerah Baling sejak akhir-akhir ini. Bebaru ini berlaku kejadian ribut di kawasan Bayu dan Kuala Ketil. Antaranya di Felcra Kemangi, Kg. Padang Lengkuas, Kuala Kuang, Taman Seri Baling, Kuala Ketil dan Bok Bak yang mana melibatkan hampir 60 buah rumah mengalami kerosakan.

Penyelaras Parlimen Baling, YBhg Dato Hj. Abd Azeez berkesempatan melawat kawasan tersebut sebaik sahaja pulang dari program gotong royong kawasan banjir di Alor Setar. Kebanyakan rumah yang mengalami kerosakan melibatkan pokok yang tumbang dan bumbung tercabut diterbangkan ribut.

Kebanyakan rumah yang mengalami kerosakan telah dibaiki sepenuhnya melalui dana yang disalurkan oleh pihak-pihak yang memberikan bantuan. Antaranya dari Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) yang dipengerusikan oleh Tunku Bendahara, Yang Teramat Mulia Dato; Seri Tengku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Turut menyalurkan sumbangan adalah Penyelaras Parlimen Baling, YBhg Dato Abd Azeez dan Yang Berhormat Azmi Che Hussin selaku ADUN Kawasan Bayu.

Hampir 98% rumah yang rosak telah dapat dibaiki sepenuhnya dan bakinya masih lagi dalam proses pembaikipulih. Antara rumah yang turut mendapat perhatian adalah sebuah rumah yang didiami oleh seorang warga emas. Rumah yang didiaminya ketiadaan bumbung akibat diterbangkan ribut.

Antara kawasan yang terjejas teruk meliputi kawasan Kuala Kuang, Bok Bak dan Kg. Padang Lengkuas. Kejadian pada malam 13 November tersebut menyebabkan terputusnya bekalan elektrik ke kawasan yang terlibat.

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE