Malam Kebudayaan Deepavali anjuran Pemuda MIC Baling

Pemuda MIC Baling dengan kerjasama Pejabat penyelaras Parlimen Baling dan DUN Kuala Ketil telah menganjurkan Malam Kebudayaan Deepavali di Dewan Tokong Cina Kuala Ketil. AJK Pemuda MIC Baling berusaha mengadakan majlis ini untuk memerikan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut pada 5 November ini.

Majlis ini meriah dengan kehadiran pemuda dan pemudi kawasan Baling.

Pengerusi Badan Perhubungan MIC, Tuan S.Ananthan dan Penyelaras DUN Kuala Ketil hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini.

Pelbagai tarian kebudayaan diadakan demi memartabatkan seni kebudayaan Keturunan India dan Malaysia.

Ketua Pemuda M.A.Ramasamy dalam ucapannya berkata, Pemuda MIC sedang menjana tranfomasi dalam semua aktiviti yang dirancangkan demi menjuarai hati rakyat , khususnya masyarakat India kawasan Baling. Beliau menyeru agar para pemuda kawasan Baling bersatu dengan gagasan satu Malaysia seiring dengan usaha PerdanaMenteri Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


Pengerusi Badan Perhubungan MIC Tuan S. Ananthan menyeru para Pemuda MIC Baling terus bergiat cergas untuk merealisasikan usaha menyelesaikan masalah kebajikan, sosial, pendidikan dan kebudayaan Malaysia dan bertekad untuk menawan kedah dalam PRU yang ke-13.

Penyelaras Kawasan DUN Kuala Ketil menyeru agar masyarakat harus memahami keadaan semasa dan masalah negeri Kedah yang dipimpin oleh Parti Pakatan Rakyat Pas. Beliau mendesak kita bersatu dibawah Satu Malaysia dan Satu Barisan Nasional dalam usaha menangani masalah rakyat.

Program berjaya.

oleh M.A.Ramasamy Ketua Pemuda MIC Baling

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE