Bantuan Segera Mangsa Banjir Kupang

30 Mac lalu di sekitar kawasan Kupang dan Kuala Pegang telah diuji dengan limpahan air sungai akibat hujan lebat semalaman. Kejadian tersebut telah membuatkan beberapa buah rumah dinaiki air. Bantuan segera dibuat pihak JKM dan KEDA yang telah menyediakan barangan makanan di pusat-pusat penempatan sementara banjir dengan bantuan pihak Penyelaras DUN Kupang.



Pihak JKM yang membuat bancian penduduk yang terlibat dengan banjir berbual bersama En. Noor Azman (ber'tshirt' hitam), Pengerusi Biro Bencana UMNO Bahagian Baling.


Salah seorang pegawai JKM mendapatkan maklumat salah seorang penduduk.


Makan dan minum disediakan oleh pihak JKM dan UMNO Bahagian di pusat-pusat penempatan sementara.


Bantuan segera disampaikan oleh pihak KEDA.

En. Hafiz selaku pegawai KEDA menyampaian bantuan kepada salah seorang penduduk yang terlibat dengan banjir sambil diperhatikan oleh En. Ishak Mat pegawai Penyelaras DUN Kupang.


UMNO Bahagian Baling juga turut menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Posted by Picasa

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE