Program Pendampingan Pengerusi KEDA

April 22 - Buat julung kali sejak dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Datuk Paduka Ahmad Bashah meluangkan masa bersama penduduk di Kg Ulu Legong dalam Program Pendampingan Bersama Pengerusi KEDA. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hadir ke dewan Kg. Keda Ulu Legong bersama Penyelaras Parlimen Baling, Dato Hj. Abd Azeez dan YB Azmi Che Hussin selaku ADUN Kawasan Bayu.

Antara program yang telah disusun adalah taklimat bersama Pengerusi KEDA sebelum dibawa ke melawat beberapa program pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung.


YB Datuk Paduka Ahmad Bashah tiba diperkarangan dewan Kg. Keda Ulu Legong sambil disambut oleh pengerusi JKKKP dari sekitar mukim Siong.


Dato Abd Azeez menyampaikan ucapan. Turut berucapkan dalam majlis tersebut adalah Pengerusi JKKKP Ulu Legong, En. Mat Akhir dan juga ADUN Bayu, YB Azmi Che Hussin.



YB Datuk Paduka Ahmad Bashah menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kerajaan negeri yang dipacu oleh pembangkang sekarang sebenarnya tidak mampu untuk mentadbir negeri Kedah dan banyak menumpang kejayaan projek-projek yang diusahakan oleh agensi kerajaan persekutuan.


Antara tetamu dan wakil-wakil JKKKP sekitar mukim Siong yang hadir.


Datuk Paduka Ahmad Bashah bersama Dato Abd Azeez dan YB Azmi Che Hussin dibawa melawat projek berkelompok tanaman pisang berangan yang diusahakan oleh beberapa penduduk kampung yang terlibat.


Datuk Paduka Ahmad Bashah juga turut menyelar Kerajaan Pas Kedah kerana beria-ia mahu menjadikan Kedah sebagai Belanda Timur namun pada hakikatnya ia tidak berbuat apa-apa untuk meningkatkan sektor pertanian di negeri ini. Mereke (kerajaan negeri) seolah-olah cuba menumpang nama atas usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pusat menerusi agensi-agensi berkaitan. Dalam pada masa yang sama juga, beliau turut mendedahkan langkah kerajaan negeri mengadakan bancian mengenai jumlah pokok yang mampu mengeluarkan hasil.
Posted by Picasa

0 comments:

lagendabaling

KEDAH LANIE